.

Bukit Besi                   Paka                 Sura                 Politik                 Lokasi Menarik            Rantau Abang      Sastera&budaya                   Terengganu                   Suara Penulis            Warga Dungun      Agensi(Rela dll)                 Wajah-wajah

Ahad, 11 Julai 2010

3 wakil perwakilan UMNO membuat usul " panas" di mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Dungun 9.07.2010.

Siapakah perwakilan yang dikatakan bersuara lantang pada petang menjelang maghrin di dewan sekolah menegah tekni 9.07.2010 lalu.

Tidak ramai yang ketahui dan menyaksikan kelantangan 3 perwakilan ini...1 dari Felda kerteh 2...1 dari Tangki Air dan 1 dari Tengku Ibrahim...
-Kertas usul diserahkan kepada pengerusi tetap pada petang itu juga.
-usul tanah, usul pengerusi penyelaras Dun Sura, usul kepemimpinan...

Isnin, 28 Jun 2010

memang tak patut diiklankan di kawasan paka.....


Pemuda PAS DUN Paka Bantah Promosi Arak

E-mail Print PDF
http://buletinonline.net/images/stories/berita25/DSC00391.JPGUpdate - Klip Video

Paka, DUNGUN
– Seramai kira-kira 40 orang pemuda PAS Dun Paka telah berkumpul dihadapan sebuah kedai yang baru dibuka dibandar ini awal pagi semalam.
Mereka berhimpun dihadapan premis tersebut bagi membantah secara aman tindakan pemilik perniagaan ‘Poly CafĂ©’ mempromosikan jualan arak secara terbuka.

Ketua Penerangan DUN Rantau Abang, Shafie Agil, memberitahu Buletin, kedai tersebut terletak berhampiran Restoran Nasi kukus 3, baru dibuka dalam beberapa hari ini.

Sabtu, 12 Jun 2010




















..............................................................................................................................................................






............................................................................................................................................................


Realiti Bahagian








berbagai nama jawatan menjadi panggilan berubah seiring dengan peredaran zaman..

ketuanan melayu dijulang zaman berzaman...dipelihara kesultanan turun temurun, dijunjang rakyat berkurun-kurun....

tanpa kita sedari ataupun lena tidak bermimpi dengan mata yang terbuka dan hati yang tidak pernah mengaku mati..

bersama masa yang membawa perubahan yang belum pasti hala tuju.....menyaksikan rakan mengorak langkah sendiri, kadang hatipun pilu...kerana ianya terlalu cepat berubah ...bila sendirian.... mata memandang sayu bukan lagi kehadapan tapi banyak merenung jauh ke belakang.....mengimbau perjalanan yang ditinggalkan yang terlalu bermakna dan penuh memori.......tidak mungkin dikecapi lagi .....

bibir tersenyum penuh makna, hati berbunga penuh ceria sudah tiada......

...........................................................................................................................................

Penulis pernah terbaca satu buku yang memperkatakan imej UMNO dari segi "kelevenan" dari perspektif semasa. Diantara lain penulis buku tersebut yang pernah menjawat jawatan wartawan dan menjadi penulis politik walupun di hari yang semakin senja berkata, memperbaiki imej pemimpin dan parti sahaja tidak memadai kalau tidak disusuli dengan gerak kerja yang berkesan terutama menjaga kebajikan rakyat dengan ikhlas dan selalu mendampingi mereka...

Sesiapapun akan bersetuju dengan apa yang diperkatakan penulis tersebut, namun berapa keratkah ahli dewan undangan negeri yang bersikap sedemikian...

Tepuk dada, tengoklah di kawasan dewan undangan masing-masing. berapa kali agaknya mata ahli yang berhormat turun bertemu mata dengan rakyat yang diwakilinya, kalau tidakpun pengundi yang memangkah pada kotak yang tertera nama mereka di hari undi yang dirayakan hampir empat tahun dahulu.

Apa yang diharapkan rakyat kepada ahli berhormat yang dipangkah dihari undi dahulu bila banjir mula menenggelamkan peralatan rumah, apa yang terlintas di fikiran rakyat jelata kepada ahli yang berhormat di saat mereka kehilangan rumah dijilat api hingga tinggal sehelai sepinggang "orang kelantan panggil sehelai sepunggung", apa yang diharapkan mereka di berbagai-bagai lagi saat yang menghibakan, meluluhkan perasaan sesiapa yang menatap...

Apa yang mereka harapkan tidak lain dan tidak bukan, wakil rakyat ada dalam keadaan demikian tidak kira di bawah kawasan siapa dan parti mana........

Kepada siapa lagi hendak mereka mengadukan permasalahan jika tidak kepada wakil mereka.....nama lagipun wakil rakyat....tak kanlah di masa ditimpa musibah tidak menjenguk.....

.......................................................................................................................................................

Kemunculan sebuah buku yang membicarakan Adun-Adun di Terengganu pertengahan March 2010 menghangatkan rona politik tempatan yang bergelombang dengan pelbagai isu silih berganti di peringkat bahagian sendiri sekalipun.

Kemunculannya menimbulkan pertanyaan kepada banyak pihak terutama di bahagian Dungun sendiri..Buku setebal 371 muka surat tulisan beberapa orang bloggers dikatakan sesetengah pihak tidak mempunyai nilai pembangunan penulisan yang sewajarnya. Di sesetengah pihak yang lain pula, kandungannya dikatakan terlalu mendalam, berani dan bertepatan bagi membongkar apa yang di dakwa tersirat oleh mereka....walau apapun buku setebal itu tidak lain dan tidak bukan merupakan kompilasi blogers semata-mata.

Tidak hairanlah seorang Adun yang ditemui, hanya sekadar membelek-belek sahaja kerana mendakwa apa yang tertulis sudah dirtahu motif dan tujuannya.

Setelah apa yang diutarakan beberpa bloggers terbabit, ramai pihak mula tertanya-tanya siapakah peneraju utama penerbitan buku tersebut selain daripada apa yang didakwa pihak editor.

Ramai yang membuat tekaan dan pelbagai andaian muali meghurungi benak fikiran sesiapapun jua yang pertama kali membelek-belek buku yang beratus juml

berbagai nama jawatan menjadi panggilan berubah seiring dengan peredaran zaman..

ketuanan melayu dijulang zaman berzaman...dipelihara kesultanan turun temurun, dijunjang rakyat berkurun-kurun...

tanpa kita sedari ataupun lena tidak bermimpi dengan mata yang terbuka dan hati yang tidak pernah mengaku mati....

bersama masa yang membawa perubahan yang belum pasti hala tuju.....menyaksikan rakan mengorak langkah sendiri, kadang hatipun pilu...kerana ianya terlalu cepat berubah ...bila sendirian.... mata memandang sayu bukan lagi kehadapan tapi banyak merenung jauh ke belakang.....mengimbau perjalanan yang ditinggalkan yang terlalu bermakna dan penuh memori.......tidak mungkin dikecapi lagi ...

bibir tersenyum penuh makna, hati berbunga penuh ceria sudah tiada......